Pelarasan karburetor Karburetor

Lazimnya, nisbah campuran udara-bahan api petrol yang dipanggil sebagai nisbah stoikiometrik ialah 14.7:1, iaitu 14.7 unit berat udara dicampurkan pada setiap unit berat bahan api. Nisbah campuran yang lebih tinggi daripada nisbah stoikiometrik menghasilkan campuran nipis manakala nisbah campuran yang lebih rendah daripada nisbah stoikiometrik pula menghasilkan campuran kaya. Campuran yang terlalu kaya akan mengotorkan palam pencucuh dan kebuk pembakaran serta menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi manakala campuran yang terlalu nipis pula sukar dihidupkan semasa sejuk serta lebih banyak menghasilkan gas nitrogen oksida yang mencemarkan udara. Namun demikian, enjin kereta moden kini direka bagi membolehkan campuran udara-bahan api yang lebih nipis digunakan untuk penjimatan bahan api yang lebih baik.

Biasanya, karburetor dilaras melalui dua skru pelaras iaitu skru pelaras injap pendikit yang mengawal bukaan injap pendikit semasa kelajuan melahu, serta skru pelaras melahu yang mengawal aliran petrol semasa kelajuan melahu. Pelarasan karburetor yang baik akan membolehkan enjin mudah dihidupkan semasa sejuk serta menjimatkan bahan api dalam masa yang sama.

Rujukan

WikiPedia: Karburetor http://v3.espacenet.com/origdoc?DB=EPODOC&IDX=GB18... http://www.fireballroberts.com/Fish_Patents.htm http://fish.jan-wulf.de http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu...